Perihal ujian
Segalanya mengenai ujian pemakanan dan intolerans kami.Apa yang kami tawarkan. Memudahkan pilihan.
Kami telah membangunkan ujian tak invasif paling komprehensif yang boleh didapati di dunia. Menggunakan bioteknologi terkini, prosedur kami yang selamat dan cepat menggunakan sampel rambut anda yang kami uji bagi mendapatkan keputusan yang tepat untuk anda.
Kami hanya memerlukan satu sampul rambut anda dan dengan menggunakan sistem kami yang ekstensif, kami akan menghantar keputusan kepada anda melalui emel hanya dalam masa 10 hari bekerja. Keputusan ujian anda akan disertakan dengan semua item yang menunjukkan intolerans yang melepasi 85% dan lebih. Selepas menjalankan beribu-ribu ujian, kami mendapati 85% merupakan peringkat di mana gejala mula timbul daripada intolerans.
Ujian selangkah inovatif kami membolehkan kami menghasilkan laporan yang komprehensif, dibahagikan kepada lima bahagian:
- Pengenalan kepada keputusan anda yang menerangkan dengan tepat apa yang anda perlu lakukan
- Item-item yang muncul dalam keputusan anda
- Di mana item tersebut ditemui (iaitu, dari mana asalnya pokok tertentu, atau produk apakah yang mengandungi kimia tersebut)
- Nutrien yang didapati kurang di dalam badan anda (pilihan)
- Panduan bagi keputusan individu anda.
Ujian Intolerans
Ujian kami yang paling popular. Sampel rambut anda diuji terhadap 600 item makanan dan bukan makanan yang berbeza. Item yang mencatat skor 85%+ ditanda sebagai punca intolerans yang berpotensi.
Ujian Pemakanan
Kini disertakan dengan panduan pemakanan percuma. Ujian kami mengenal pasti nutrien utama yang berkemungkinan tiada dalam diet anda. Buat masa sekarang kami boleh mengenal pasti sehingga 80 nutrien.
Ujian Ketoksikan Logam
Sampel rambut diuji terhadap 24 logam unik. Logam boleh dimakan atau terasimilasi oleh badan dan selalunya diawasi sebagai pemangkin berpotensi bagi intolerans.
Source text not in word doc:
Tidak seperti ujian darah dan air kencing – di mana keputusannya boleh terjejas oleh hidangan terakhir anda sebelum ujian, stres atau faktor-faktor lain, ujian rambut tidak terjejas oleh perkara seperti ini dan boleh menyimpan maklumat untuk tempoh masa yang lebih panjang. Kami menggunakan maklumat ini untuk ujian dan dengan itu berupaya memberikan anda gambaran yang luas mengenai intolerans anda.
Rambut merupakan kaedah yang sangat baik untuk ujian atas beberapa sebab, antaranya termasuk:
- Kurang invasif – kami hanya memerlukan sampel kecil rambut.
- Menguji lebih banyak item– ujian darah hanya boleh menguji pilihan kecil item, sedangkan kami boleh menguji anda terhadap 600 item yang berbeza dengan hanya beberapa helai rambut.
- Lebih cepat– ujian disiapkan dengan lebih cepat dan efisien kerana proses ujian rambut adalah lebih cepat berbanding ujian darah.
- Tidak rosot – sebaik sahaja sampel darah atau air kencing diambil, ia mula rosot. Rambut menyimpan maklumat di dalamnya dan tidak terjejas oleh bahan cemar luar.
- Kos efektif – atas semua sebab-sebab ini, ujian rambut adalah lebih murah berbanding ujian darah dan ini membolehkan kami memindahkan penjimatan ini kepada pelanggan-pelanggan kami dalam bentuk harga yang sangat kompetitif.
Jumlah orang yang menderita kerana intolerans semakin meningkat.
Kenapakah saya perlu menjalani ujian?
Jumlah orang yang mengalami intolerans semakin meningkat. Pencetus intolerans yang paling tinggi ialah susu lembu, telur dan legum (kacang soya dan kacang tanah) dalam kanak-kanak. 89.9% orang yang mempunyai intolerans di Malaysia mengalami tindak balas dengan makanan laut. Di samping mendatangkan ketidakselesaan dan kesengsaraan, gejala boleh memberi impak kepada kesihatan mental seseorang dan dalam banyak kes, menghalang mereka daripada menjalani kehidupan yang normal. Mendapatkan diagnosis tepat mengenai puncanya boleh menjadi sesuatu yang sukar. Kebanyakan ujian buat masa sekarang terhad kepada item makanan sahaja namun lebih kerap daripada tidak, intolerans yang sebenar berkaitan dengan kimia yang digunakan untuk memproses makanan harian kita.
Gejala berasaskan intolerans yang biasa
Gejala intolerans yang biasa termasuk ketidakselesaan pencernaan seperti rasa kembung, angin yang berlebihan dan malahan cirit, di samping juga kelesuan, pening kepala dan rasa gatal-gatal seperti ekzema. Ujian selangkah kami berasaskan kira-kira 600 item termasuk item makanan dan bukan makanan. Mengenal pasti item mana yang anda tak toleran adalah penting. Anda kemudiannya boleh mengambil langkah untuk meminda diet anda atau mengelak situasi di mana kimia tertentu biasa ditemui. Ramai orang percaya mereka tak toleran gluten atau tak toleran laktosa, tetapi selepas melakukan ujian, mereka mendapati bahan lain yang sebenarnya menjadi punca masalah.
Apa yang kami uji
Kami menghasilkan diagnosis lengkap mengenai intolerans menggunakan hanya beberapa helai rambut anda. Kaedah yang selamat dan tak invasif ini juga membolehkan kami memeriksa kekurangan pemakanan anda.
Pensampelan rambut kini digunakan dalam banyak profesion untuk ujian dadah dan alkohol. Dengan kemampuan rambut untuk menyimpan maklumat, kami mendapati ia paling sesuai untuk ujian-ujian intolerans, kekurangan pemakanan dan ketoksikan logam. Laporan terperinci boleh dihasilkan daripada hanya beberapa helai. Kami menjana laporan komprehensif yang memperincikan semua item yang membuatkan badan anda bertindak balas buat masa sekarang.
Source text not in word doc