Chat with us, powered by LiveChat

Dasar Privasi

THE INTOLERANCE TESTING GROUP IALAH NAMA DAGANGAN HEALTHY STUFF ONLINE LIMITED.

Dasar privasi ini terpakai kepada Healthy Stuff Online Ltd sahaja dan menetapkan bagaimana kami menggunakan dan melindungi sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami semasa menggunakan laman web ini.

The Healthy Stuff Online Ltd komited dalam memastikan bahawa privasi anda dilindungi. Sekiranya kami meminta anda menyediakan maklumat tertentu di mana anda boleh dikenal pasti apabila menggunakan laman web ini, anda seterusnya boleh yakin bahawa ia hanya akan digunakan menurut pernyataan privasi ini.

Kami memastikan dasar privasi disemak dengan tetap dan kami akan memaparkan sebarang kemas kini di halaman web ini. Dasar privasi ini terakhir sekali dikemas kini pada 6 Disember 2016.

Apa yang kami kumpul

Kami akan mengumpul maklumat mengenai anda apabila anda meminta maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami. Jenis maklumat ini termasuk:

· Nama dan tarikh lahir
· Maklumat pembayaran – Ini dikumpul melalui penyedia pihak ketiga (PayPal atau WorldPay) sebagaimana yang dipilih oleh anda.
· Maklumat hubungan termasuk: alamat, poskod, nombor telefon dan alamat emel.
· Hal-hal kesihatan dan kecergasan yang berpotensi.

Apa yang kami buat dengan maklumat yang dikumpul

Kami memerlukan maklumat ini untuk membolehkan kami menyediakan sebut harga yang ditempah, menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan dan menghantar barang-barang yang dibeli.

Penyimpanan rekod dalaman

Jika anda bersetuju, kami akan menggunakan maklumat yang disimpan mengenai anda, untuk menyediakan anda dengan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan lain yang kami tawarkan. Dari semasa ke semasa, kami juga akan menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda bagi tujuan penyelidikan pasaran. Kami akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau surat yang dihantar melalui pos.

Keselamatan

Kami komited dalam memastikan maklumat anda selamat. Bagi mengelakkan capaian atau pendedahan tanpa izin, kami telah menyediakan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan yang sesuai bagi melindungi dan memastikan keselamatan maklumat yang kami kumpul dalam talian. Jika anda pengguna berdaftar, profil dan maklumat anda dilindungi kata laluan dengan kata laluan yang anda pilih, kami tidak mempunyai akses kepada kata laluan ini.

Kuki

Peraturan Privasi dan Komunikasi Elektrik (Perintah EC) (Pindaan) 2011 telah dipinda dan undang-undang ini pada dasarnya direka bentuk untuk melindungi privasi pengguna internet. Untuk maklumat lanjut mengenai pindaan ini sila layari Laman Web Pejabat Pesuruhjaya Maklumat.

Laman web kami menggunakan kuki. Kuki merupakan fail kecil yang kami letakkan dalam pelayar anda. Apabila anda melawat laman web ini sekali lagi, kuki ini membolehkan laman ini mengenali pelayar anda. Kuki boleh menyimpan keutamaan pengguna dan maklumat lain.

Kuki yang kami gunakan adalah kuki “analisis”. Ini membantu kami menganalisis data dengan mengenal pasti dan mengira jumlah pelawat dan melihat bagaimana pelawat-pelawat ini bergerak melayari laman semasa mereka menggunakannya. Kami hanya menggunakan maklumat ini untuk tujuan analisis statistik.

Secara keseluruhan, kuki membantu kami memperbaiki cara laman web kami berfungsi dengan membolehkan kami memantau halaman mana yang anda dapati berguna dan tidak berguna di samping memastikan pengguna mencari apa yang mereka perlukan dengan mudah. Kuki sama sekali tidak memberikan kami akses kepada komputer anda atau sebarang maklumat mengenai anda, selain data yang anda pilih untuk kongsikan dengan kami.

Anda boleh set semula pelayar anda untuk menolak semua kuki atau menunjukkan apabila kuki sedang dihantar. Bagaimanapun, sesetengah ciri-ciri atau perkhidmatan laman web tidak boleh berfungsi dengan betul tanpa kuki

Pautan kepada laman-laman web lain

Laman web kami mungkin mengandungi pautan kepada laman-laman web lain yang menarik. Bagaimanapun, sebaik sahaja anda menggunakan pautan ini untuk meninggalkan laman kami, anda perlu ambil perhatian bahawa kami tidak mempunyai kawalan atas laman web tersebut. Oleh itu, kami tidak boleh bertanggungjawab atas perlindungan dan privasi sebarang maklumat yang anda berikan semasa melayari laman-laman yang sepertinya dan laman-laman yang sepertinya ini tidak ditadbir oleh pernyataan privasi ini. Anda perlu berhati-hati dan meneliti pernyataan privasi yang terpakai bagi laman web yang diragui.

Mengawal maklumat peribadi anda

Anda boleh memilih untuk mengehadkan pengumpulan atau penggunaan maklumat peribadi anda dengan cara berikut:

Setiap kali anda diminta melengkapkan borang di laman web, cari kotak di mana anda boleh klik untuk menandakan bahawa anda tidak mahu maklumat ini digunakan oleh sesiapa pun untuk pemasaran langsung jika sebelum ini anda telah bersetuju membenarkan kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh mengubah fikiran pada bila-bila masa dengan menulis surat atau menghantar emel kepada kami di [email protected]

Kami tidak akan menjual, mengedar atau memajakkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali kami mendapat kebenaran anda atau dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian. Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar kepada anda maklumat promosi mengenai pihak ketiga yang kami fikir akan menarik minat anda jika anda memberitahu kami bahawa anda menghendakinya.

Data peribadi anda tidak akan dipindahkan ke negara di luar EEA oleh Healthy Stuff Online Ltd. Anda berhak mengakses maklumat peribadi anda (tertakluk kepada pengecualian tertentu). Jika anda mahu salinan maklumat yang disimpan mengenai anda, sila tulis emel kepada Pegawai Perlindungan Data Healthy Stuff Online Ltd di [email protected] Caj mungkin dikenakan untuk permintaan yang sepertinya.

Jika anda percaya bahawa sebarang maklumat yang kami simpan mengenai anda adalah salah atau tidak lengkap, sila tulis surat kepada kami atau menghantar emel kepada kami secepat mungkin. Kami akan segera membetulkan apa-apa maklumat yang didapati salah.