SOALAN LAZIM

Pangkalan data soalan lazim kami.

Jika anda tidak melihat jawapan kepada soalan anda di bawah, sila hantar emel kepada kami atau mulakan Live Chat dan kami akan cuba untuk membantu.

Berapakah bayaran pos yang sepatutnya?

 

Apabila menghantar sampel anda kepada kami, pastikan jumlah setem yang betul dan mencukupi dilekatkan pada sampul atau bungkusan luar. Jika tidak, sampel anda mungkin tidak akan sampai ke makmal ujian kami. Oleh itu, anda mungkin terpaksa menghantar semula sampel anda kepada kami dengan bayaran pos yang betul. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman International Service kami.

Bagaimanakah ujian anda ini jika dibandingkan dengan ujian darah?

Selain daripada kurang invasif dan harganya yang jauh lebih murah berbanding ujian perbandingan yang dijalankan oleh pelanggan kami, kami mendapati ujian kami sama tepatnya dengan ujian darah. Dengan ujian darah, hidangan akhir anda sebelum mengambil ujian boleh menjejaskan keputusan; bagaimanapun dengan ujian rambut, maklumat disimpan untuk tempoh yang lebih lama dan mencerminkan kerangka waktu yang lebih lama. Ingat bahawa kami menawarkan polisi bayaran balik 100% jika tidak sepenuhnya berpuas hati dengan keputusan anda, jadi anda tidak akan rugi (lihat T&C’s).

 

Rambut saya dicelup warna, adakah ini memberi kesan kepada keputusan?
Tidak, ujian ini dijalankan pada komposisi sampel rambut jadi pewarna rambut tidak akan memberi kesan kepada keputusan.
Dengan cara apakah saya boleh mengambil sampel rambut?

Cara yang paling selamat untuk mengambil sampel rambut adalah dengan meminta bantuan seseorang. Berus rambut anda ke atas untuk mendedahkan kawasan akar rambut di bahagian belakang kepala, kemudian dengan memegang sejumlah kecil rambut di antara jari dan ibu jari, potong rambut tersebut serapat-rapatnya dengan kulit kepala (tanpa mencederakan kulit kepala sehingga berdarah). Jika anda tidak mempunyai sesiapa yang boleh membantu anda, menggunakan cermin mungkin boleh  mengelakkan kecederaan.

Apakah yang disertakan dalam ujian saya?

Keputusan ujian anda akan disertakan dengan semua item yang ada menunjukkan intolerans  pada paras 85% ke atas. Selepas menjalankan beribu-ribu ujian, kami mendapati 85% merupakan peringkat di mana gejala mula timbul daripada intolerans. Kerana itu, kami tidak menyimpan sebarang data di bawah ambang 85%.

Bagaimanakah jika saya tidak berpuas hati?

Kami berbangga dengan tahap kepuasan pelanggan kami yang berada pada tahap 99.5%. Bagaimanapun, jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana perkhidmatan kami, sila hubungi kami secara terus melalui emel atau live chat secepat mungkin agar kami dapat membantu anda menyelesaikan sebarang isu yang timbul.

Rambut saya sangat pendek, bolehkah anda menjalankan ujian ini dengan sempurna?

Sampel rambut tidak semestinya dari kepala anda; kami boleh menguji rambut dari mana-mana bahagian badan anda termasuk kaki, lengan atau dada.

Berapa helai rambutkah yang perlu saya sediakan?

Sedikit sahaja – 5 helai rambut. Kami tidak memerlukan sehingga segumpal rambut.

Saya tidak pernah membeli daripada internet sebelum ini, bagaimanakah saya boleh pastikan yang anda telah menjalankan ujian ini?

Kami adalah sebuah syarikat yang disahkan dengan Paypal, kami menggunakan mereka kerana mereka menjamin anda terhadap penipuan internet. Kami menyertakan alamat kami pada resit Paypal, alamat emel dan nombor telefon agar anda boleh menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.

Kenapakah harga anda sangat rendah?
Kami mengekalkan kos kami rendah dan kami menghantar laporan kami melalui emel yang menjimatkan bayaran pos dan alat tulis. Ini membolehkan kami menawarkan ujian yang komprehensif dan tepat pada harga yang ditawarkan.
Adakah apa-apa tambahan yang perlu dibayar?

Buat masa sekarang anda perlu membayar kos bagi bayaran pos ke pusat pemprosesan di UK. Sila pastikan jumlah bayaran pos yang mencukupi dan tepat telah dibayar kerana kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa caj tambahan.

Bolehkah anda membuat ujian ini atas binatang?

Menurut doktor haiwan, binatang, terutamanya anjing, boleh mengalami penderitaan yang teruk daripada intolerans. Berikutan permintaan daripada beberapa doktor haiwan (dan pemilik binatang) kami telah mereka cipta ujian secara khusus untuk kucing dan anjing. Anda boleh memesan ujian in dengan cara biasa.

Di manakan ujian ini diproses?

Semua ujian ini diproses di fasiliti ujian kami di UK. Sebaik sahaja sampel rambut anda diterima di fasiliti ujian kami, anda akan menerima keputusan anda dalam masa 7 hari bekerja.

Bagaimana saya boleh memesan ujian intolerans daripada anda?

Ujian boleh dipesan secara dalam talian melalui laman web in menggunakan semak keluar (checkout) selamat kami. Jika anda mempunyai sebarang soalan anda boleh menghubungi kami melalui live chat kami 24 jam sehari Isnin-Jumaat.

Bolehkah anda menjalankan ujian ini ke atas anak saya?

Kami tidak boleh menjalankan ujian ke atas kanak-kanak di bawah usia enam tahun.

Bagaimanakah jika tiada intolerans ditunjukkan dalam keputusan saya?

Walaupun ini tidak mungkin terjadi, kadang-kadang sampel akan menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai intolerans tahap tinggi. Ini bermakna anda tidak mempunyai intolerans terhadap makanan dan bukan makanan, tetapi anda boleh mendapat faedah daripada ujian Logam Toksik atau Pemakanan.

Apakah itu Bioresonans?

 

Terapi Bioresonans merupakan perubatan komplementari yang menggunakan peranti yang merakam dan mendiagnos isyarat elektromagnetik yang datang dari badan anda. Dibangunkan pada tahun 1970-an oleh sepasukan doktor perubatan dan ahli biofizik, peranti ini biasa digunakan di lebih 26 buah negara.

 

Mesin apakah yang menguji sampel saya?

Kami menggunakan MARS III Quantum Response Systems, yang dikeluarkan oleh Bruce Copen Laboratories.

Apakah pentauliahan yang dimiliki peralatan anda?

Bruce Copen Laboratories mengikuti sistem pengurusan berkualiti menurut EN ISO 13485: 2003 + AC: 2007 dan diperakui sebagai pengeluar produk-produk perubatan. MARS III diluluskan sebagai peranti perubatan kelas IIa selaras dengan Arahan 93/42/EEC.

Di manakah ujian ini dijalankan?

Ujian kami dijalankan di fasiliti makmal kami yang mengikuti Amalan Makmal Yang Baik. Ini merupakan satu set prinsip yang bertujuan memastikan kualiti dan integriti kajian makmal bukan klinikal seperti makmal kami ini.

Berapa lamakah anda telah menawarkan perkhidmatan ini?

Kami telah menjadi peneraju pasaran dalam menawarkan terapi perubatan komplementari sejak tahun 2008 dan masih terus melabur dalam peralatan terkini dan latihan bagi memastikan kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

Di manakah ujian ini diiktiraf?

Untuk senarai penuh sila lihat halaman Perkhidmatan antarabangsa dengan negara-negara yang lebih banyak ditambah setiap tahun. Ujian kami boleh didapati secara terus melalui laman web kami dan sebagai sebahagian daripada diagnosis perubatan Komplementari yang tetap untuk lebih 131 para doktor dan pengamal di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut mengenai ujian kami. Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk membuat pesanan anda hari ini.

PESAN SEKARANG