Terma & Syarat

LAMAN WEB INI, KAMI DAN ANDA

Terima kasih kerana mengklik pada terma dan syarat kami – yang merupakan suatu keperluan undang-undang. Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju untuk terikat dengan terma ini bersama-sama Dasar Privasi kami atau mana-mana dasar lain yang dirujukkan dalam terma dan syarat ini (“Terma“).

  • Pengenalan
  • Penggunaan Laman Web Kami oleh Anda
  • Membuat Pesanan
  • Penghantaran
  • Pembatalan
  • Harga dan Pembayaran
  • Liabiliti
  • Harta Intelektual
  • Maklumat Umum

Ujian kami dan laman web ini tidak membuat diagnosis perubatan dan tidak pula bertujuan untuk dijadikan sebagai pengganti nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan secara profesional. Sentiasa dapatkan nasihat pakar perubatan anda atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan yang lain jika anda mempunyai keadaan perubatan atau anda mempunyai sebarang soalan mengenai keadaan perubatan dan/atau gejala perubatan. Jangan sekali-kali mengabaikan nasihat perubatan profesional atau bertangguh dalam meminta nasihat disebabkan sesuatu yang anda baca dalam laman web ini. Kesemua diagnosis yang barangkali atau mungkin dihasilkan oleh ujian ini atau laman web ini perlu dibincang dan disahkan dengan pengamal perubatan berkelayakan. Kami juga mengesyorkan kepada sesiapa yang menukar diet mereka juga agar pertama-tamanya merujuk kepada pengamal perubatan berdaftar kerana keputusan ujian kami tidak disesuaikan kepada keperluan khusus anda.

JIKA ANDA FIKIR ANDA MENGALAMI KECEMASAN PERUBATAN, SILA HUBUNGI DOKTOR ATAU PERKHIDMATAN KECEMASAN DENGAN SEGERA. 

Pergantungan kepada sebarang maklumat yang disediakan oleh Laman Web ini adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya. Sesetengah daripada kandungan Laman Web ini mungkin disediakan oleh pihak ketiga dan kami tidak berada dalam kedudukan untuk menentusahkan kandungan ini. Kami tidak menjamin bahawa mana-mana kandungan pihak ketiga tersebut adalah benar, tepat atau lengkap.

Ujian kami tidak mengukur jenis-jenis alergi IgE atau antibodi IgG. Memandangkan tindak balas ini boleh menjadi serius, anda perlu mendapatkan bantuan pakar alergi.

PENGGUNAAN LAMAN WEB IN DAN UJIAN KAMI SERTA PERGANTUNGAN KEPADA KANDUNGANNYA ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI SEPENUHNYA. LAMAN WEB INI DAN UJIAN KAMI DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEBAGAIMANA ADANYA” DAN “SEBAGAIMANA TERSEDIA”.

PENGENALAN

Allergy Test dan The Intolerance Testing Group ialah nama dagangan Healthy Stuff Online Limited.

www.allergytestaustralia.com (“Laman Web“) ini dimiliki dan dikendalikan oleh atau bagi pihak Healthy Stuff Online Limited (“kami” atau “kita“).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Laman Web atau terma dan syarat ini, atau sekiranya ada kemungkinan yang anda mempunyai sebarang aduan mengenai mana-mana ujian yang anda beli dari Laman Web ini, sila hubungi kami melalui emel di [email protected] atau hantar aduan anda melalui pos dengan menggunakan alamat di bawah:

PO Box 8164
Derby
DE74 2BZ
United Kingdom

Nombor Pendaftaran Syarikat  08674646
Nombor Pendaftaran 
VAT GB183061030
Alamat pejabat berdaftar: Unit 1a Bonington Complex, Trent lane, Castle Donington, Leicestershire, DE74 2PY, United Kingdom

PENGGUNAAN LAMAN WEB KAMI OLEH ANDA

  • Sila baca Terma ini dengan teliti dan pastikan anda memahaminya sebelum memesan mana-mana ujian daripada Laman Web kami. Jika anda tidak mahu terikat dengan Terma ini, sila jangan gunakan Laman Web ini.
  • Terma ini boleh dipinda dan dikemas kini dari semasa ke semasa dan sebarang pindaan akan berkuat kuasa dari penyiaran perubahan di Laman Web. Setiap kali anda ingin memesan ujian yang selanjutnya, sila semak Terma ini untuk memastikan anda memahami terma yang akan terpakai pada masa itu.
  • Kami hanya menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang diperincikan dalam Dasar Privasi kami. Sila maklumkan pasukan perkhidmatan pelanggan kami tentang apa-apa pindaan kepada maklumat tersebut.
  • Apa-apa maklumat yang anda muat naikkan ke Laman Web kami akan dianggap sebagai bukan maklumat sulit dan bukan maklumat bermilik. Kami mempunyai hak untuk mengguna, menyalin, mengedar, mengeluarkan semula, mengeksploit, mengubah suai, meminda dan/atau mendedahkan kepada pihak ketiga apa-apa maklumat yang sepertinya untuk sebarang tujuan. Kami juga mempunyai hak untuk mendedahkan identiti anda kepada mana-mana pihak ketiga yang mendakwa bahawa apa-apa bahan yang disiarkan atau dimuatnaikkan oleh anda ke Laman Web kami merupakan pelanggaran hak harta intelektual mereka atau hak menyendiri mereka.
  • Anda mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun untuk membeli ujian dari Laman Web kami, atau memesan produk di bawah pengawasan, dan dengan kebenaran, ibu bapa atau penjaga anda.
  • Kami boleh menafikan akses anda kepada Laman Web ini pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlak kami apabila kami percaya bahawa penggunaan Laman Web ini oleh anda melanggar mana-mana Terma, undang-undang atau hak pihak ketiga atau tidak menghormati orang lain.
  • Anda tidak boleh menyalahgunakan Laman Web ini atau memperkenalkan apa-apa virus, cacing komputer atau bahan lain yang berbahaya kepada Laman Web ini.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak ketiga, terhadap kandungan atau ketepatan sebarang kandungan yang disiarkan oleh anda atau mana-mana pengguna lain yang menggunakan laman kami. Anda bersetuju untuk bertanggungjawab kepada kami, dan menanggung rugi kami dan memastikan kami dibayar ganti rugi untuk semua kos, kerosakan, perbelanjaan, kerugian dan liabiliti yang ditanggung dan/atau yang dialami oleh kami akibat daripada apa-apa tuntutan berkenaan dengan penggunaan Laman Web ini oleh anda.

MEMBUAT PESANAN

  • Dengan membuat pesanan ini anda:
  • bersetuju bahawa maklumat yang anda berikan semasa membuat pesanan adalah benar dan tepat dari semua segi;
  • dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma ini;
  • membuat tawaran kepada kami untuk membeli ujian yang diperincikan dalam pesanan anda mengikut terma yang dinyatakan dalam pesanan anda;
  • bersetuju bahawa kami boleh menggunakan butiran dalam pesanan anda menurut Privacy Policy kami yang menetapkan terma di mana kami memproses apa-apa data peribadi yang kami ambil daripada anda;
  • memberikan nombor telefon hubungan agar kita boleh berhubung sekiranya ada masalah dengan pesanan anda. Anda bersetuju untuk memberikan nombor ini kepada kurier kami bagi membantu penghantaran pesanan anda.
  • Kami berhak menolak pesanan (atau sebarang pindaan yang diminta) mengikut budi bicara mutlak kami.
  • Sebaik sahaja anda membuat pesanan untuk ujian dan penghantaran kami akan menghantar e-mel pengesahan bahawa pesanan anda telah diterima. Sila semak butiran ini dengan teliti dan maklumkan kepada kami secepat mungkin jika butirannya salah.
  • Semua pesanan adalah tertakluk kepada ketersediaan (kami berhak meminda ketersediaan produk kami pada bila-bila masa) dan kepada penerimaan kami akan pesanan anda.
  • Kad kredit/debit/akaun PayPal anda akan didebitkan apabila pesanan anda dibuat dan diproses dan anda akan dikenakan caj untuk kos ujian pada waktu itu. Ini tidak menjejaskan hak statutori anda.
  • Kami menerima kaedah pembayaran berikut:
    • Paypal
    • Semua kad kredit dan debit utama melalui pembekal perkhidmatan saudagar  Worldpay, Sage Pay dan Stripe.

PENGHANTARAN

  • Sebaik sahaja pesanan untuk ujian anda selesai anda akan diberikan pautan untuk memuatturun borang ujian anda. Anda perlu melengkapkan borang ini dan menyerahkannya ke fasiliti ujian kami dengan sampel rambut anda. Anda bertanggungjawab atas kos bayaran pos bagi penghantaran ke pusat ujian kami. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan, kehilangan atau kecurian sampel yang kami belum terima dan dengan itu anda dinasihatkan untuk menghantar semua item kepada kami melalui kaedah penghantaran yang direkod atau yang ditandatangani. Matlamat kami adalah menghantar keputusan ujian melalui emel ke alamat emel pilihan anda dalam tempoh 7 hari bekerja setelah kami menerima sampel ujian anda. Anda mungkin menghendaki keputusan dihantar kepada anda melalui rangkaian pos negara yang boleh disediakan dengan bayaran tambahan.
  • Waktu penghantaran bagi keputusan ujian adalah anggaran dan tidak boleh dijamin.

PEMBATALAN DAN BAYARAN BALIK

  • Kami mahu anda gembira dengan keputusan anda untuk membeli. Jika anda secara keseluruhannya berasa tidak gembira, kami bersedia menawarkan bayaran balik dengan syarat anda memaklumkan keputusan membatalkan pesanan anda untuk ujian ini dalam tempoh 7 hari selepas pesanan dibuat.
  • Anda boleh menjangkakan bahawa bayaran balik anda akan diproses dalam masa 30 hari. Apa sahaja kos penghantaran yang ditanggung oleh anda bagi menghantar ujian anda tidak akan dibayar balik. Perlu diingatkan bahawa ia boleh mengambil masa selama tiga hingga empat hari selepas kami memproses bayaran balik sebelum ia ditunjukkan dalam penyata kad kredit anda.
  • Jika anda ingin menjadualkan semula ujian anda, kami akan menghormati pesanan asal anda hingga 12 bulan selepas menerima resit bayaran anda. Anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan untuk menukar tarikh ujian dalam tempoh masa ini.
  • Kami begitu yakin bahawa ujian kami boleh membantu anda sehinggakan kami menawarkan jaminan 100% sekiranya anda tidak betul-betul berpuas hati dengan keputusan anda. Untuk layak mendapat bayaran balik anda perlu mengikuti diet penghapusan untuk minimum empat minggu setelah menerima keputusan ujian anda. Jika pada penghujung empat minggu itu anda tidak menyaksikan perbaikan dalam gejala anda, anda berhak menerima bayaran balik penuh. Untuk menuntut bayaran balik anda, sila sediakan untuk pasukan perkhidmatan pelanggan di [email protected] dengan butiran berikut:
    • Nama yang digunakan untuk membeli
    • Alamat emel yang digunakan untuk membeli
    • ID Transaksi PayPal atau nombor pesanan laman web
    • Jumlah transaksi
    • Tarikh pembelian

Bayaran balik hanya boleh dituntut dalam masa 90 hari selepas pembelian. Semua pesanan yang dibatalkan terlalu awal akan tertakluk kepada bayaran pentadbiran sebanyak £15.00 GBP.

  • Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami, anda boleh terus menghubungi kami dengan serta-merta agar kami dapat membantu anda menyelesaikan sebarang isu. Sila ambil perhatian bahawa membuka tuntutan di PayPal akan melambatkan proses penyelesaian ini dengan ketara.

HARGA DAN PEMBAYARAN

  • Semua harga yang disebut dalam Laman Web adalah tepat pada masa penerbitan, ia disebut dalam united states dollars dan di mana sesuai adalah termasuk cukai jualan US.
  • Semua pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada pengesahan oleh pengeluar kad. Sekiranya pengeluar kad anda enggan memberi kebenaran untuk pembelian anda, atau menangguhkan kebenaran tersebut, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan kepada waktu penghantaran disebabkan penangguhan tersebut.
  • Dengan memberikan butiran kad pembayaran, anda mengesahkan bahawa anda dibenarkan menggunakan kad ini dan membenarkan kami, atau penyedia perkhidmatan pembayaran, untuk mengambil pembayaran penuh untuk item-item dalam pesanan anda dan apa-apa bayaran penghantaran yang berkaitan dan apa-apa caj lain yang perlu dibayar kepada kami di bawah terma dan syarat ini.
  • Jika anda memilih untuk membayar melalui PayPal, maka penggunaan perkhidmatan PayPal oleh anda ditadbir oleh perjanjian pengguna PayPal yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada perjanjian pengguna PayPal untuk butiran terma dan syarat yang terpakai untuk pembayaran dan bayaran balik yang diproses melalui PayPal.
  • Kami berhak meminda harga kami pada bila-bila masa.
  • Dari semasa ke semasa kami akan mengadakan promosi dan tawaran bagi ujian-ujian terpilih (“Tawaran Promosi” kami). Semua Tawaran Promosi yang layak akan terpakai secara automatik kepada pesanan anda.
  • Semua Tawaran Promosi kami:
    • tidak boleh digunakan dengan mana-mana tawaran lain;
    • sah untuk tempoh masa yang terhad sebagaimana yang ditetapkan dalam komunikasi pemasaran di Laman Web, dan tidak boleh digunakan di luar tempoh tersebut.

LIABILITI

  • Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua maklumat di Laman Web ini tepat dan adalah yang terkini, tetapi kami tidak menjamin ketepatan atau  kelengkapannya, dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau ketinggalan atau hasil yang timbul daripada penggunaan maklumat seperti ini.
  • Kami akan mengambil segala langkah untuk memastikan penggunaan Laman Web oleh anda menghasilkan perkhidmatan yang pantas dan boleh dipercayai, namun kami tidak boleh menjamin penggunaan Laman Web ini oleh anda akan bebas daripada gangguan atau kesilapan dan kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gendala, kehilangan atau kerosakan bahan dalam perjalanan, atau kehilangan atau kerosakan bahan atau data apabila dimuatturunkan ke dalam mana-mana sistem komputer.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab atas penggunaan laman-laman web lain oleh anda yang diakses melalui pautan dalam Laman Web ini kerana kami tidak mempunyai kawalan atas laman-laman web pihak ketiga ini dan tidak bertanggungjawab bagi kandungannya. Apa-apa pautan sepertinya disediakan semata-mata sebagai perkhidmatan untuk pengguna Laman Web ini dan pemasukannya ke dalam Laman Web ini bukan merupakan sokongan oleh kami atau hubungan dengan kami.
  • Kami menjual ujian kami melalui Laman Web untuk kegunaan peribadi sahaja dan oleh itu tidak bertanggungjawab kepada anda bagi apa-apa kerugian atau kerosakan khas atau turutan tidak langsung (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan atau kehilangan penjimatan), kos, perbelanjaan atau tuntutan lain untuk apa saja pemampasan yang muncul daripada atau yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web ini atau pembekalan atau penggunaan ujian kami.
  • Had liabiliti bagi syarat-syarat ini adalah dikenakan secara saksama untuk manfaat kami dan mana-mana syarikat bersekutu kami seolah-olah rujukan kepada kami adalah termasuk rujukan kepada setiap satu syarikat bersekutu sepertinya.
  • Setakat mana yang sah, kami menolak semua dan apa-apa jaminan (nyata atau tersirat) berkaitan dengan ujian yang kami jual.
  • Liabiliti kami untuk kerugian langsung yang timbul daripada penggunaan ujian kami dan Laman Web ini terhad kepada harga ujian ini, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara nyata dalam Terma ini atau kecuali berkaitan dengan liabiliti untuk kematian atau kecederaan peribadi, di mana tiada had dikenakan.
  • Kami atau pembekal kami tidak sekali-kali bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan tidak langsung, sampingan, khas, atau turutan yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara berkaitan dengan kerugian atau kerosakan akibat atau timbul daripada sebarang ketidaksediaan atau penggunaan ujian kami dan Laman Web ini atau mana-mana laman web yang dipautkan dengannya, atau daripada pergantungan kepada keputusan ujian atau mana-mana bahan atau kandungan yang diakses melaluinya.
  • Walaupun kami menggunakan usaha yang munasabah untuk menyenggara Laman Web ini, tanpa mengehadkan apa yang disebut di atas, kami tidak membuat representasi atau jaminan mengenai ketersediaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kelengkapan, kesemasaan, atau ketepatan masa ujian ini; perisian, teks, grafik, pautan, atau komunikasi kami yang disediakan di Laman Web ini atau melalui penggunaannya atau mana-mana laman web yang boleh diakses darinya.
  • Kami tidak bertanggungjawab kepada anda, atau dianggap sebagai melanggar Terma ini atau apa sahaja kontrak dengan anda, dengan sebab sebarang kelewatan dalam melaksanakan, atau sebarang kegagalan untuk melaksanakan, apa-apa kewajipan yang berkaitan dengan ujian yang dipesan oleh anda, jika kelewatan atau kegagalan adalah disebabkan oleh pihak ketiga atau kerana sebab-sebab di luar kawalan munasabah kami.
  • Kami boleh memberi atau memindahkan mana-mana hak kami atau memberikan subkontrak bagi mana-mana kewajipan kami di bawah Terma ini kepada pihak ketiga. Anda tidak boleh memberi atau memindahkan mana-mana hak anda atau memberikan subkontrak bagi mana-mana kewajipan anda di bawah Terma ini kecuali dengan kebenaran khusus kami secara bertulis.
  • Tiada sesiapa pun yang bukan suatu pihak kepada Terma ini mempunyai hak untuk menguatkuasakan apa-apa terma di bawah Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999.
  • Tiada apa-apa dalam terma ini:
    • bertujuan untuk, juga tidak boleh, menjejas apa-apa hak statutori anda sebagai pengguna yang tidak boleh dikecualikan secara sah; atau
    • mengehadkan atau mengecualikan liabiliti kami ini berkenaan dengan sebarang salah nyata tipuan atau cuai atau di mana kami tidak dapat mengehadkan liabiliti kami secara sah.
  • Anda bersetuju untuk membela, menanggung rugi, dan memegang lepas kami dan pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pemberi lesen, dan pembekal, daripada dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan atau tuntutan, liabiliti dan penyelesaian termasuk tanpa had, yuran guaman dan perakaunan yang munasabah, akibat daripada, atau didakwa akibat daripada pelanggaran Terma ini.

 HARTA INTELEKTUAL

  • Kandungan halaman Laman Web kami (termasuk gambar, reka bentuk, logo, gambar foto, teks bertulis dan lain-lain bahan) merupakan hak cipta, tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar kami (atau kandungannya dan penyedia teknologinya atau pemilik mereka masing-masing). Anda tidak diberi hak untuk menggunakan hak harta intelektual sepertinya tanpa kebenaran bertulis kami.
  • Anda boleh memuatturun kandungan Laman Web kami untuk kegunaan peribadi, bukan komersial dan untuk diri sendiri sahaja.

MAKLUMAT UMUM

  • Kami akan mendakwa sesiapa yang menggunakan nama palsu atau kad kredit yang tidak sah untuk memesan produk dari Laman Web kami.
  • Kami boleh membatalkan sebarang pesanan yang anda buat melalui Laman Web kami jika anda melanggar Terma ini, gagal menyediakan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan kami memproses pesanan anda, atau di mana kami mengesyaki anda terlibat dengan apa sahaja aktiviti penipuan.
  • Terma dan penggunaan Laman Web kami oleh anda ditadbir oleh US law dan anda bersetuju untuk tunduk kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah US.