Alergi atau Intolerans?
Perbezaan antara alergi dan intolerans adalah mudah.Sensitiviti, Intolerans atau Alergi? Apa yang anda perlu tahu.
Apakah sebenarnya intolerans?
Intolerans adalah ketidakmampuan badan anda untuk mencerna satu-satu item dengan betul, sama ada ia merupakan intolerans makanan atau faktor persekitaran (intolerans bukan makanan). Intolerans boleh terjadi kerana beberapa sebab, di mana dua sebab paling biasa adalah:
- Badan kekurangan enzim pencernaan yang diperlukan untuk makanan tertentu dan dengan itu tidak boleh mencerna item tersebut dengan betul atau mengambil nutrien daripadanya secara efisien. Sensitiviti yang disebabkan oleh pengambilan berlebihan atau dedahan lampau.
- Banyak gejala adalah disebabkan oleh sensitiviti kepada item tertentu. Sensitiviti boleh terjadi disebabkan oleh pengambilan berlebihan atau dedahan lampau bagi satu-satu item.
Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai intolerans atau sensitiviti kepada item makanan atau bukan makanan, anda boleh membeli ujian kami hari ini.
Ketahui sama ada anda mempunyai intolerans atau sensitiviti kepada item makanan atau bukan makanan.
Alergi atau Intolerans. Apakah perbezaannya?
Mengesan alergi
Alergi dikesan dengan mengukur kiraan Immunoglobulin E (IgE) di dalam darah, kerana ini adalah sel darah khusus yang membantu melawan alergi. Jika anda mempunyai alergi kepada item makanan atau bukan makanan tertentu, badan anda akan bertindak balas sebaik sahaja ia tersentuh dengannya.
Tindak balas alergi yang biasa termasuk pembengkakan setempat (iaitu tekak atau lidah), ruam, atau sesak nafas. Kacang, kerang-kerangan, telur dan soya adalah antara alergen yang paling biasa.
Sebagai perbandingan, intolerans tidak seteruk dan terjadi secara serta-merta seperti alergi. Gejalanya timbul secara beransur-ansur; dari 30 minit hingga 48 jam selepas itu. Gejala seperti pening kepala, kembung, gatal setempat atau kulit gatal-gatal seperti ekzema, penghasilan mukus yang berlebihan, gas belebihan, cirit-birit, dan kelesuan
Mendiagnos alergi
Kaedah yang paling biasa untuk mendiagnos alergi ialah dengan ujian darah yang mudah, selalunya dengan menguji tahap IgE atau IgG di dalam darah. Alergi IgE adalah tindak balas serta-merta kepada bahan asing yang memasuki badan. Bahan-bahan asing ini boleh datang dari makanan atau boleh datang melalui penarikan nafas. Alergi IgE boleh mendatangkan gejala serius seperti sesak nafas, pembengkakan, dan geligata. Dalam kes yang lebih serius tindak balas IgE boleh membawa kepada kejutan anafilaksis.
Sensitiviti makanan IgG4 secara amnya tidak seteruk alergi makanan IgE dan gejala biasa termasuk; pening kepala dan loya, sawan dan hiperaktiviti. Ia boleh berlaku beberapa jam malahan beberapa hari selepas makanan yang mendatangkan masalah itu dimakan. Tahap dan keterukan gejala berbeza-beza disebabkan sifat genetik individu. Alergi IgG secara umumnya dirawat dengan mengeluarkan makanan bermasalah tersebut dari diet dan dengan membantu pencernaan melalui pengambilan probiotik.
Sensitiviti makanan IgG4 secara amnya tidak seteruk alergi makanan IgE dan gejala biasa termasuk; pening kepala dan loya, sawan dan hiperaktiviti. Ia boleh berlaku beberapa jam malahan beberapa hari selepas makanan yang mendatangkan masalah itu dimakan. Tahap dan keterukan gejala berbeza-beza disebabkan sifat genetik individu. Alergi IgG secara umumnya dirawat dengan mengeluarkan makanan bermasalah tersebut dari diet dan dengan membantu pencernaan melalui pengambilan probiotik.